วันพฤหัสบดีที่ 13 กันยายน พ.ศ. 2561


Kata Ganti Nama Diri
Kata ganti nama diri ialah kata yang digunakan bagi menggantikan diri manusia dan sedikit kepada kata yang lain. Ia boleh dipecahkan kepada kata ganti nama diri orang dan kata ganti nama diri tanya.
Kata Ganti Nama Diri Orang
Iaitu kata yang digunakan bagi menggantikan diri orang tertentu sama ada orang pertama  (orang yang bercakap), orang kedua (orang yang dilawan bercakap) dan orang ketiga (orang yang dipercakapkan).
1.             Kata ganti nama diri orang pertama.
 Contohnya : saya, aku, beta, patik, kita, kami
2.             Kata ganti nama diri orang kedua.
Contohnya : awak, anda
3.             Kata ganti nama orang ketiga.
Contohnya : ia, dia, nya, mereka, beliau

Dongeng-dongeng tentang Bahasa dan dialek melayu
1.              Bahasa Melayu sebagi Bahasa kacukan (Bahasa kreol dan pijin)
-                   Faktor sejarah : kepelbagaian budaya, bangsa dan bahasa dia kota Melaka menyebabkan Bahasa yang dituturkan oleh orang Melaka bertembung dengan Bahasa-bahasa lain.
-                   Pertembungan menyebabkan semua bangsa yang ada di situ berinteraksi dalam satu Bahasa yang difahami, iaitu Bahasa Melayu.
-                   Akan tetapi, pemakaian Bahasa Melayu ini terjadi separuh-separuh, yakni terjadinya pemudahan dan percampuran ciri dalam Bahasa Melayu.
-                   Maka, lahirlah Bahasa Melayu yang kita kenali kini.
2.              Bahasa Melayu ialah Bahasa yang mudah
-                   Disebabkan Bahasa Melayu ialah Bahasa kacukan, maka ia sangat mudah dipelajari.
-                   Sebab,  istem dan struktur nahunya tidak kompleks.
-                   Misalnya, Bahasa Melayu tidak ada penanda gender; kala pula tidak ditanda pada kata kerja, hanya menggunakan beberapa perkataan tertentu.   
3.              Bahasa Melayu hanya Bahasa sastera
-                   Bahasa Melayu tidak pernah menjadi wahana penyaluran ilmu falsafah seperti Bahasa Latin, Jerman mahupun Perancis. Bahasa Melayu hanya untuk menulis cerita hikayat, khayalan dan peri.
-                   Hakikatnya  tidak dimikian. Bahasa perlu dilihat dari sudut metafora. Dan, ilmu sains yang ada disebaliknya perlu digali disebalik ungkapan, pantun dan syair yang indah-indah.

Dongang-dongang yang lain, ialah :
1.             Bukan sahaja negeri dan negara, malah setiap daerah mempunyai dialekyang berbeza. Kes ini dapat dilihat di Semenanjung Malaysia. Di Sumatera, mungkin merupakan kekecualian.
2.             Dialek Melayu di pedalaman = dialek pelik lagi aneh
-                   Perlu dilihat sebagai dialek yang tidak berkaitan dengan dialek di kawasan pecan dan bandar.
-                   Dialek di kawasan pedalaman dan hulu perlu dilihat dengan kaca mata Neolinguistika dan tipologi sosialinguistik.
-                   Neolinguistika : dialek pedalaman = waris langsung bahasa purba.
-                   Tipologi sosialinguiatik : dialek pedalaman = dialek yang memiliki system linguistic yang kompleks.

ไม่มีความคิดเห็น:

แสดงความคิดเห็น

Kata Ganti Nama Diri Kata ganti nama diri ialah kata yang digunakan bagi menggantikan diri manusia dan sedikit kepada kata yang lain. Ia...